HELLO!

I AM

image
Hello,

I'm Lukman Khiruddin

Lukman Khiruddin is an education consultant who partners with schools and universities to grow students' education and career pathways. During free time, he spare his time by providing professional accounting services for small and medium company.

His passion for helping people in all aspects of education flows through in the expert industry coverage he provides since December 2014. In 2017, he decided to release his 1st ever book - Ilmu Asas Pendidikan di Malaysia | Jilid I.


Education
Sunway University / FTMS College

ACCA (Association of Chartered Certified Accountants)

MARA College Seremban

Cambridge A-Levels

Syed Mohamed Al-Bukhary National High School

SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)


Experience
Education Consultant

2014 - present

Account Executive

2016 - 2017

Senior Associate, Audit and Assurance

2014 - 2016


My Skills
Book-Keeping and Accounting Works
Education Consultant
Motivational Speaker
Branding and Marketing

8,486

Monthly Pageviews

492,519

Online Readers

14,200

Social Media Followers

778,604

Twitter Impression

WHAT CAN I DO

Book-Keeping

Our accounting services would be able to help your business for all the accounting preparation (Income Statements, Balance Sheet, General Ledgers, Cash Flows). Minimum fee is RM300.

GST Returns

Every GST-registered business enterprise require to submit their GST returns for every 3 months or monthly based on their annual sales turnover. We are able to help you on this matter!

Income Tax Submission

Personal tax services includes preparation, computation and submission of the following income tax forms to Inland Revenue Board within the stipulated due dates.

Education Consultant

Offer advice to students and their parents on topics such as applying to university (local/abroad) and how to navigate the scholarship's application process.

Motivational Speaker

I motivate and educate a crowd of listeners, especially school and university leavers by personal invitation only. My main topic would usually consists on educational matter and guidance on career pathway.

Branding and Marketing

Your brand strategy defines what you stand for, a promise you make, and the personality you convey. My service is included on brand consistency and your online presence's sustainability on social media.

BLOG

QnA Rayuan UPU: 2017 Edition



1. Saya dapat tawaran course Diploma Sains, tapi saya berminat dengan course Diploma Sains Kesihatan. Boleh tak nak mohon Rayuan?
Rayuan hanya boleh dibuat untuk sesiapa yang tidak menerima apa-apa tawaran daripada sistem UPU. Kalau awak dapat tawaran course, dan berminat untuk memohon, tidak layak mohon Rayuan. Kalau awak decided untuk reject tawaran yang awak dapat, dan mohon Rayuan, jugak tak boleh. Sistem rayuan tidak dapat diaktifkan kalau awak dapat tawaran melalui sistem UPU.

2. Saya dapat tawaran course yang saya tak minat dalam UPU. Apa perlu saya buat?
Ukur baju di badan sendiri. Kalau mampu pergi IPTS, reject keputusan UPU dan mohon IPTS.Seterusnya, check requirement Degree di universiti yang anda nak masuk. Dari situ anda dapat tahu, Diploma yang awak dapat di UPU, adakah layak untuk masuk Degree di dalam course yang awak minati atau tidak. Kalau Diploma yang awak terima di UPU tu tak boleh melayakkan anda masuk Degree pilihan, boleh tolak tawaran.

Kalau tidak berkemampuan, boleh reject tawaran UPU, dan mohon internal intake universiti yang awak nak mohon. Contohnya, UiTM awak boleh memohon internal intake universiti berkenaan. Kebiasaannya kemasukan internal intake adalah pada bulan March, September & December setiap tahun. Ada hanya perlu menolak tawaran UPU, dan tunggu kemasukan internal intake universiti yang anda minati. Risiko anda tidak mendapat tawaran internal intake itu ada. 

3. Kawan saya dapat UTM. Nak tukar UIA boleh tak?
Tidak boleh, keputusan UPU adalah muktamad. Bagitahu kawan awak, jangan demand tak tentu pasal. Placement dalam IPTA adalah limited. Orang lain terkejar-kejar nak masuk IPTA. Kalau kawan awak nak masuk uni dengan course yang dia minat, masuk IPTS. Kalau tak mampu, suruh dia terima dengan hati terbuka atau cari alternatif selain IPTA.

4. Saya dapat tawaran course yang saya tak tahu di UPU, apa perlu saya buat? Saya mohon je ingat tak dapat.
Kesalahan utama yang saya nampak, pelajar mohon jurusan yang dia sendiri tak tahu tu course apa. Bila keputusan UPU keluar dan dapat course tu, baru terpinga-pinga nak cari information berkenaan course tu. Dulu time banyak free time tak reti nak cari, sekarang baru nak kalut. 

Solusinya? Padan dengan muka. Siapa suruh malas cari information.

5. Betul ke lepasan Diploma Politeknik susah masuk Degree IPTA?
Politeknik ada chance sama masuk Degree sama dengan pelajar universiti lain. Kawan awak cakap pasal penerapan tu bermaksud, ada universiti macam UiTM, diorang ada program penerapan masuk Degree selepas habis Diploma (dia macam internal intake). Tapi ada IPTA tak provide penerapan sebab diorang tak ada program Diploma. Dah tu macam mana student STPM/STAM/Matrikulasi masuk Degree di IPTA? Sama lah konsep bila kita bercakap soal student Diploma Politeknik. Semua pelajar Politeknik/STPM/STAM?Matrikulasi akan diberi hak sama rata untuk memohon masuk ke IPTA untuk Ijazah. Untuk sesiapa cakap Diploma Politeknik, IPTA tak pandang tu meh aku nak cepuk dia. Kalau tak diiktiraf, masakan MoE nak offer course tu? Fikir secara logik.

6. Budak matriks yang result gempak, bila diorang apply degree tu, diorang "dicampak" je masuk Degree apa yang tak berkaitan. Contohnya kalau ambik Matriks Sains and then tetiba Degree Econs. Why eh? Is it true rumour kata yang sistem matriks tak menjamin masuk Degree yang kita nak?
Awak Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi, kalau result tak memberangsangkan, memang lah akan di"campak" masuk Degree course entah apa-apa. Awak dapat result cemerlang, dan mohon course yang awak nak, ada possibility awak akan dapat. Kalau result pun bawah CGPA3.00, awak rasa ada ke harapan nak buat Medicine? Itulah konsep dia. Kalau malas belajar, siapa nak offer awak course yang awak nak, tambah-tambah course yang competitive.

7. Diploma Account 3 tahun kan? Lepastu nak sambung Degree kita memang confirm akan dapat course Account jugak ke?
Semua benda nak disediakan ya. Kalau boleh, nak universiti tu hantar offer letter sampai depan rumah. Permohonan kemasukan ke Degree semua tidak di-confirmkan. Semua bergantung kepada CGPA anda. Selepas tamat Diploma/Matrikulasi/STPM/STAM/Asasi UiTM/Asasi UM, anda WAJIB memohon UPU untuk kemasukan Degree di IPTA. Tak kisah awak CGPA4.00 atau CGPA2.00, semua wajib memohon UPU. Tiada jaminan awak akan mendapat tawaran Degree course yang sama. Semua bergantung kepada markah merit, dan penempatan.

8. So I'm confused again. I got both offer from matriks and asasi at UNIMAS. At this point, I want to ask your personal opinion which one is better. And is it true, after we finish with matriks/asasi, we have to apply via UPU to pursue degree?
No. Only for UiTM & UM foundation, students are able to apply for Bachelor Degree thru UPU. All foundation except 2 of it, will go thru direct intake in the same uni for degree. In your case, you will do foundation and degree in UNIMAS.

9. Hai, saya cuma nak minta pendapat awak. Saya lepasan spm 2016 . Dapat Matrikulasi di Perak dan Asasi Sains kat Universiti Malaysia Sabah . Awak rasa pilih yg mana ? Saya tinggal di Perak.
Hi. Placement degree awak untuk Universiti Malaysia Sabah dah ada. Matrikulasi placement Degree tak ada. Nanti lepas habis Matrik kena apply UPU untuk masuk Degree. Untuk UMS, once habis Foundation, akan ada internal intake masuk Degree di uni yang sama, kemasukan ke jurusan yang awak minat adalah berdasarkan CGPA Asasi anda. Awak tak dibenarkan masuk uni lain untuk degree. Asasi direka khas untuk buat degree di uni yang sama. Kecuali Asasi UM dan UiTM SAHAJA. Dan pertimbangkan course yg awak dapat di ums tu awak minat atau tak.

10. Hi, i have a question. I didn't get anything for UPU so i did a rayuan. but the choices for rayuan isnt the same as the choices i picked when i submitted UPU the first time. but i chose 2 of the most decent ones for me anyways. i wanted to ask, will i have the chance to get picked into a course i chose the first time, or will i only get chosen from the recent 2 picks they asked from the rayuan?
Hi. UPU rayuan will look upon your recent choices of uni in Rayuan application only. So your chance to get the choices you were applying before is none.

11. Kalau ambil Diploma di IPTS, senang ke nak masuk Degree di IPTA?
Semua lepasan Diploma IPTA/Diploma IPTS/STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi, akan diberi hak sama rata untuk memohon Degree di IPTA. Requirement wajib untuk kemasukan ke IPTA adalah MUET. Semak dengan pihak IPTS adakah mereka menyediakan exam MUET atau tidak. Kalau tidak, anda kena ambil MUET sendiri sebelum masuk ke IPTA untuk Degree.

12. Kalau ambil Asasi di IPTS, senang ke nak masuk Degree di IPTA?
Tak boleh. Asasi direka khas untuk kemasukan Degree di universiti yang sama, kecuali Asasi UM dan Asasi UiTM. Awak kena buat Degree di IPTS, kalau buat Asasi di IPTS. Hanya Diploma IPTS sahaja boleh masuk Degree di IPTA.

13. Saya dapat UTMSpace, KL. Boleh ke nanti Degree mohon IPTA?
Boleh.

14. Saya dapat Diploma KPM. Boleh ke nanti Degree mohon IPTA?
Boleh.

15. Saya dapat Matrikulasi dan Asasi, mana better?
Soalan mana better ni bergantung kepada tahap IQ awak. Kalau bangang, tak guna jugak. Bagi saya, awak boleh memilih untuk masuk ke Asasi kerana Asasi direka khas untuk kemasukan ke Degree di universiti yang sama, keutamaan kemasukan Degree akan diberi kepada pelajar Asasi universiti mereka. Kecuali untuk Asasi UiTM & Asasi UM, anda wajib memohon UPU untuk kemasukan ke Degree. Kehidupan Asasi lebih ke arah kehidupan universiti, berbanding Matrikulasi yang mempraktikkan konsep suasana sekolah.

Matrikulasi dapat elaun bulanan, sama juga seperti Asasi. Cumanya, yuran Asasi mahal beberapa puluh/ratus dari yuran Matrikulasi.

16. Diploma Pentadbiran Awam tu apa? 
Sebelum tanya saya course tu berkenaan apa, baik awak google dulu. Bila dah faham sikit-sikit, baru tanya saya. Soalan awak seolah-olah awak tanya saya macam saya ni Google.

Cuba rephrase ayat tu "Diploma Pentadbiran tu apa? Dari apa yang saya baca, study pasal politik, negara, kerajaan, macam mana Piliharan raya di dalam dan luar negara diadakan, study tentang Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri-Menteri Cabinet, Parlimen, macam mana sesuatu negara itu ditadbir, pengurusan, isu-isu semasa kat dalam dan luar negara,  undang-undang Malaysia, Perlembagaan Malaysia, macam mana nak berurusan dengan orang ramai dalam perkhidmatan awam. Saya tak faham. Apa maksudnya?"

Dapat soalan macamni, sejuk la sikit nak jawab sebab nampak effort kau nak buat research. Ni tanya soalan macam aku ni Google.

17. Saya buat Rayuan, wajib print ke?
Tak sangka soalan macamni pun orang akan tanya. Awak tak wajib print, tapi wajib simpan as PDF untuk reference masa hadapan. Let saya sistem UPU tak capture data awak, awak ada bukti yang awak mohon Rayuan. 

18. Nak tanya boleh ke tukar tempat U? Lol I dapat Tapah, Diploma in Science. Ada juga course yang sama dekat Kuala Pilah. Kalau ada nak tukar, Jauh I duduk NS
Tak boleh. Keputusan UPU adalah muktamad. Pemindahan untuk berpindah ke kampus cawangan lain boleh dibuat jika hanya atas sebab medical. Selain dari tu, tak boleh.

19. Asasi IPTA dan Matrikulasi dapat elaun. Diploma dan STPM dapat jugak ke?
Tak. Diploma IPTA tiada elaun, kena mohon biasiswa Yayasan Negeri atau biasiswa kerajaan/badan korporat, baru ada. Itu kena urus sendiri, check website scholarship untuk tahu. STPM juga tiada elaun. STPM dah yuran murah, elaun pun nak lagi? #ApaLagiMelayuMahu

20. Saya dapat UNIMAS. Tapi saya tengok requirement dia rendah. Betul ke UNIMAS ni berkualiti? Nanti nak kerja takut orang tak pandang.
UNIMAS tu IPTA. IPTA ni semua diiktiraf kerajaan. Bila letak requirement rendah salah, bila letak tinggi bising pula cakap requirement ketat. Apa guna masuk universiti top tapi CGPA pun nyawa-nyawa ikan? Majikan nak kerja nanti dia tengok CGPA dan soft skills awak, bukan solely tengok nama universiti.

21. Saya dapat Asasi Hayat, nak tukar Asasi Fizikal boleh?
Soal penukaran course di Asasi, semua bergantung kepada pihak universiti tu. Peluang untuk tukar tu tipis. Contohnya, UIAM. Penukaran course Asasi boleh dibuat semasa orientation week (taaruf week), tetapi bergantung kepada placement. Kalau dah penuh, tak boleh. Penukaran course juga bergantung kepada course apa yang awak nak tukar. Kalau Hayat ke Fizikal boleh, kalau Fizikal ke Hayat, tak boleh. Sebab Asasi Hayat requirement lagi tinggi dari Fizikal. Asasi Sains UNIMAS juga boleh ditukar dari Hayat ke Fizikal.

22. Saya dapat CAT UiTM, boleh ke nanti saya pakai result CAT untuk buat ACCA dekat luar negara?
Boleh saja, tapi tak banyak biasiswa untuk lepasan CAT buat ACCA di luar negara. Setakat ini hanya MNRB sahaya yang tawarkan untuk lepasan CAT untuk sambung ACCA ke Dublin

23. Saya dapat 8A, tapi tak dapat apa-apa tawaran. Adakah sebab saya accept tawaran STPM/Matrikulasi/IPG, sebab tu saya tak dapat UPU?
Tak. Tak ada kaitan. Sistem UPU dan sistem STPM/Matrikulasi/IPG menggunakan sistem yang berlainan. Sistem UPU menggunakan sistem merit untuk menilai pelajar. Bukan tengok bilangan A awak sahaja. Malah, kena ambil kira course yang awak mohon tu competitive atau tidak. Setiap course mempunyai penempatan yang limited.

24. Saya dapat course Asasi Pengurusan tapi saya dulu tak ambil Perakaunan. Saya dari student kelas Science. Agak-agak boleh ke saya survive?
Soalan agak-agak ni saya tak dapat jawab. Awak sendiri yang tahu potensi diri awak. Setiap orang tahap IQ berbeza-beza. Ada yang survive dengan course Accounting walaupun dulu di sekolah adalah pelajar aliran Science, dan ada juga yang failed. Kalau awak sentiasa dengan jawapan "takutlah, nanti fail", memang sampai bila-bila tak akan keluar dari comfort zone dan menjadi risk taker. Awak kena tahu potensi diri sendiri, bukan orang lain kena discover-kan untuk awak. Ini bukan zaman sekolah lagi di mana semua orang akan bantu awak. Belajar selesaikan masalah sendiri.

25. Kalau saya ambil Diploma, confirm ke dapat masuk Degree?
Belajar Diploma/STPM/Matrikulasi/Asasi semua tak ada confirmation awak akan dapat tempat untuk Degree. Kalau semua dijanjikan placement, nescaya, semua tak belajar bersungguh-sungguh untuk masuk belajar. Pointer untuk masuk Degree adalah berbeza mengikut course yang awak nak mohon. Secara dasarnya, pastikan CGPA anda berada di paras 3.00 dan ke atas. Yang awak dengar lepasan Asasi (kecuali Asasi UM & UiTM) yang dijanjikan placement Degree tu pun pihak universiti tengok pointer awak. Kalau pointer awak pun nyawa-nyawa ikan, universiti bagi lah kos lelong. Kos lelong adalah course yang bukan dalam field yang awak nak, dan course tu selalunya ada banyak placement dalam universiti (course yang kurang popular).


26. Ada lagi ke peluang saya kalau tak dapat UPU atau Matrikulasi?
Ya, peluang belajar di Malaysia ni sentiasa ada. Cuma awak nak atau tidak sahaja. Awak boleh masuk STPM (yuran murah), atau mohon next intake KPM (yuran murah kerana mendapat subsidi MARA) atau UniKL (pinjaman MARA disediakan) ataupun mohon internal intake universiti (mohon di website universiti itu sendiri, bukan di UPU). Banyak pelajar yang tidak mendapat tempat di Universiti Awam atau Matrikulasi selepas habis SPM, sambung pengajian di STPM dan cemerlang. Ada yang sambung belajar Degree di luar negara, dan ada yang sambung pengajian Degree di IPTA.  Tapi kalau awak selalu kisah sangat berkenaan "standard" dan sentiasa nak masuk "top" universiti, awak masuk lah IPTS. Kalau tak berkemampuan, jangan suka demand pelik-pelik. 

27. Kalau lepas saya buat Diploma, berapa lama masa saya untuk habiskan Degree?
Bergantung kepada berapa banyak transfer credit yang boleh awak bawa. Transfer credit tu bergantung kepada modul atau syllabus Diploma awak. Maximum masa untuk awak buat Degree selepas habis Diploma ialah 4 tahun, dan minimum masa untuk habiskan Degree selepas Diploma ialah 1.5 tahun. Semua berbeza mengikut universiti dan jurusan.

28. Ada kawan tertekan "terima tawaran" untuk Asasi, Kalau dia tak pergi daftar, tak kena blacklist kan?
Ya, tak kena blacklist. Tapi awak dah tutup satu peluang untuk student lain masuk belajar. Awak nampak benda ni tiada apa-apa kesan terhadap kehidupan awak sekarang. Tetapi ingat, Tuhan Maha Adil, bukan? Sekecil-kecil zarah pahala atau dosa, Dia akan ambil kira. Mungkin bukan sekarang kita tak rasa kesan dia, tapi kesan yang bakal orang lain dapat tu akan dapat semasa orang lain bergembira masuk universiti, dia tak dapat tawaran. Kalau awak tak nak pergi daftar, kenapa pergi tekan "terima tawaran"? UPU akan keluarkan confirmation 2X untuk sahkan tawaran. Agak fishy di situ kenapa boleh "tertekan".

29. Boleh saya tolak tawaran UPU yang saya terima sekarang dan mohon internal intake? Sebab saya tahu saya tak layak mohon Rayuan
Untuk pengetahuan, internal intake kena melalui website universiti tu sendiri. Contohnya, UiTM & UIA. Intake untuk internal intake adalah berbeza bergantung kepada universiti. Sebagai contoh, internal intake untuk UiTM adalah pada bulan September dan December. Awak boleh mohon tawaran UPU dan mohon internal intake, akan tetapi, tiada guarantee awak akan dapat placement dalam internal intake. Awak kena gamble dan ambil risiko.

30. Ada cara tak saya nak tolak tawaran TVET? Saya nak mohon UA sahaja. Adakah boleh saya walk in ke Putrajaya untuk memohon UA?
Tidak. Putrajaya tak ada masa untuk layan awak. Keputusan UPU adalah muktamad. Alternatively, mohon internal intake university.

31. Saya dapat  Asasi Sains Pertanian UPM & Matrikulasi Perak (Module 1). Saya berminat untuk sambung Medicine. Awak ada nasihat?
Bagi saya, awak boleh teruskan dengan pengajian di Asasi Sains Pertanian UPM. Hal ini kerana, dengan Asasi itu, awak boleh sambung Doktor Perubatan di universiti yang sama kerana UPM (dan universiti yang provide Asasi) memberi priority seat kepada pelajar Asasi diorang untuk belajar Degree di universiti yang sama. Cerita mudah, kaki sebelah dah secure Degree di UPM, hanya perlu kekalkan CGPA sahaja.

Berbanding dengan Matrikulasi, awak kena dapatkan CGPA4.00 untuk memohon Doktor Perubatan di IPTA, malah placement adalah tidak secure kerana anda kena compete dengan student STPM/Asasi/Matrikulasi yang lain untuk mendapat tempat. Lepas habis Matrikulasi, awak kena hadir interview UPU untuk masuk belajar Doktor Perubatan. Konklusinya, CGPA4.00 di Matrikulasi tidak menjamin penempatan anda di universiti awam untuk Doktor Perubatan.

32. Jurusan seni bina boleh tak buat rayuan? Betul ke UPNM tak boleh buat rayuan?
Adik, nanti bila adik buka website UPU Rayuan tu, sistem akan generate list course yang ada sahaja untuk rayuan. Kalau course yang awak nak tu tak ada, memang tak adalah. UPU dah letak dalam list siap-siap dah. Pergi tengok.

33. Kalau dah mohon Rayuan, confirm dapat ke?
Tak. Penempatan adalah berdasarkan markah merit anda. UPU tu sistem berkomputer, bukan main taram je confirm awak akan dapat.

34. Betul ke elaun Asasi hanya untuk gaji mak ayah bawah RM10,000 sahaja?
Ya, bermula tahun 2017, elaun hanya dapat untuk gaji parents bawah RM10,000 sahaja. Lebih dari tu, duit sendiri.


35. Asasi dapat elaun ke? Kalau tak dapat, boleh mohon PTPTN?
Ya, Asasi dapat elaun. Tidak, tak boleh mohon PTPTN untuk program asasi/matrikulasi.






STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Sijil adalah platfrom untuk anda belajar di universiti/kolej dan tamatkan pengajian sehingga Ijazah. Setiap platform mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri, tetapi menuju titik pengakhiran yang sama. Kenapa perlu risau soal "standard" netizen di luar sana? Yang nak belajarnya tu, anda, bukan diorang. Kelak bila anda mula melangkah ke alam pekerjaan, isu pertama yang majikan akan bangkitkan ialah soal soft skills dan CGPA anda. Selagi kolej/universiti anda diiktiraf MQA/JPA, anda tak perlu risau soal dapat kerja atau tidak.

Dari segi pemerhatian saya sejak memberi konsultansi kepada pelajar lepasan SPM, mereka lebih terdorong untuk masuk ke universiti atau kolej yang ternama ataupun kita panggil "top university" sebab mereka lebih ambil berat soal apa netizen akan cakap kalau mereka masuk belajar di sana.

Adik-adik, ukur baju di badan sendiri. Kalau anda tidak berkemampuan dari segi akademik (keputusan yang kurang memberangsangkan), janganlah demand lebih-lebih. Dekat luar sana, ramai pelajar lepasan SPM, terutamanya pelajar bukan Bumiputera, yang mendapat keputusan jauh lebih baik dari anda, tidak mendapat penempatan di Universiti Awam. Bak kata pepatah, "diberi betis, nak paha". Belajar terima kekurangan, dan bersyukur.


Tinggalkan komen di bawah jika terdapat soalan yang ingin ditanya

UPU: 2017 Edition



UPU ataupun dipanggil Unit Pengurusan Universiti ialah sistem pengambilan universiti awam untuk para pelajar seluruh Malaysia. Semua universiti awam (IPTA) boleh dipohon di sistem ini. UPU juga terdapat pengambilan untuk Politeknik, Politeknik Premier, Kolej Komuniti dan ILKA.

Sebelum kita sambung, apa beza Politeknik dan Poliktenik Premier? Politeknik Premier (PP) adalah untuk para pelajar yang cemerlang sahaja. PP menawarkan Diploma, Diploma Lanjutan dan Degree (untuk certain jurusan sahaja). Berbanding Politeknik biasa, institut ini hanya menawarkan program Diploma sahaja. Lepasan Politeknik dan Politeknik Premier layak untuk menyambung Ijazah/Degree di universiti awam (IPTA). Pastikan anda mempunyai MUET. MUET adalah kelayakan yang wajib untuk menyambung pelajaran di IPTA. Apa itu MUET? Click sini

Pendaftaran UPU boleh dibuat dengan membeli nombor pin UPU di Bank Simpanan Nasional terdekat anda dengan harga RM15.64 (termasuk GST). Boleh dibeli di mesin ATM atau perbankan maya (jika mempunyai akaun dengan BSN), atauapun walk in ke kaunter BSN terdekat. Jika anda menghilangkan no pin UPU yang dibeli, anda boleh membelinya sekali lagi di BSN, harga tetap sama. Nombor yang dibeli juga adalah sama seperti kali pertama anda membeli no pin UPU kerana no pin UPU di"generate" menggunakan nombor IC anda. Tiada istilah perlu membeli nombor pin cepat-cepat sebab khuatir akan habis. Nombor pin UPU tidak akan habis sehingga sangkakala ditiup.

Universiti swasta (IPTS) dan universiti separa swasta tidak terdapat di dalam sistem UPU. Anda dikehendaki memohon di laman web universiti berkenaan. UPU = IPTA.

UPU adalah sistem berkomputer, satu requirement anda tidak menepati, 100% possibility anda akan di"reject". Kenapa? Kerana UPU disemak oleh sistem berkomputer, bukan disemak oleh manusia. Kalau disemak manusia, masih ada possibility anda mendapat penempatan kerana human-error, ataupun disebabkan budi bahasa (dibaca: kroni).

Anda boleh kemaskini sistem UPU sebanyak mana yang anda inginkan (unlimited) sehingga tarikh tutup UPU iaitu 30 Mac 2017.

Anda tidak perlu masukkan gred SPM anda setelah keputusan SPM keluar. Sistem UPU akan automatik "generate" markah SPM anda. Di sini, penipuan dapat dielakkan.

Untuk sesiapa yang tidak berminat dengan Politeknik, diminta tidak menanda (tick) box untuk kemasukan Politeknik di UPU. Pentingnya box tu kerana:


UPU perlu di mohon sebelum atau selepas keputusan SPM dibuat? Baca ni:


Untuk jurusan yang mempunyai temuduga, baca ni:

Dan yang penjelasan terakhir berkenaan bagaimana sistem UPU berfungsi, baca ni:



SPM 2016




Apa perlu anda buat setelah habis pengajian (SPM/O-Levels) anda di sekolah menengah? Kebiasaannya sebelum ini, bagi para pelajar yang mencapai gred cemerlang di dalam percubaan SPM, pihak sekolah akan membantu para pelajar yang layak menyibukkan diri untuk persiapan masuk ke university swasta pilihan (January intake) menggunakan keputusan percubaan SPM. Tahun ini, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengeluarkan pekeliling untuk semua university sama ada awam ataupun swasta di Malaysia untuk tidak lagi menerima pengambilan para pelajar menggunakan keputusan percubaan SPM. Maka dengan itu, untuk pengambilan universiti tahun 2017 (SPM 2016), anda tidak lagi layak untuk memohon universiti menggunakan keputusan percubaan SPM. Sobs.


Justeru, langkah-langkah yang anda boleh ambil selepas habis SPM adalah:

  • Kenal pasti berapa “A” yang anda akan dapat untuk keputusan SPM yang bakal keluar pada Mac/April 2017 kelak. Anda sendiri tahu potensi anda sendiri.
  • Pasang impian sama ada ingin melanjutkan pelajaran di dalam ataupun luar negara. Jika anda memasang impian untuk belajar di luar negara, pastikan anda mempunyai backup plan untuk pengajian di dalam negara. Sebab apa perlu tahu anda ingin belajar di luar atau dalam negara? Ini untuk memudahkan pencarian biasiswa dan universiti anda. Ingat, pastikan anda tahu kebolehan dan keupayaan diri anda. Tanya soalan kepada diri sendiri, adakah anda layak belajar di luar negara atapun sekadar di dalam negara sahaja.
  • Ketahui apa cita-cita anda dan kelebihan diri. Ukur baju di badan sendiri. Jika cita-cita anda untuk menjadi doctor, pastikan kebolehan awak dalam subjek Biologi adalah memuaskan. Bukan setakat nyawa-nyawa ikan. Untuk sesiapa yang masih belum discover kelebihan anda, cuba berbincang bersama kounselor sekolah anda, ataupun ibu bapa, ataupun teman rapat, ataupun partner sehidup semati awak. Saya juga boleh membantu sedaya upaya saya meng-discover kelebihan awak, hanya perlu e-mailkan kepada saya ataupun mention saya di Twitter (ataupun apa-apa medium yang anda boleh reach). I’ll try my best to help you.
  • Langkah ke-4, senaraikan biasiswa-biasiwa yang anda ketahui di dalam notes smartphone anda ataupun laptop. Search scholarship di laman-laman web di Google search ataupun mana-mana enjin pencarian yang anda tidak ketahui. Masukkan biasiswa-biasiswa yang anda inginkan di dalam list yang anda buat di langkah 4. Kebiasaannya, keyword untuk enjin pencarian ialah “Scholarship in Malaysia”, “Biasiswa di Malaysia”, “Scholarship for school leavers in Malaysia”, “Biasiswa kerajaan di Malaysia”. Pastikan keyword and terdapat “biasiswa/scholarship” dan “Malaysia”. Beli surat khabar yang kebiasaannya iklankan biasiswa-biasiswa terkini.
  • Langkah ke-5. Saat keputusan SPM keluar, pastikan anda menyemak syarat-syarat biasiswa yang anda listkan dahulu. Ada sesetengah biasiswa anda perlu menulis karangan soal diri sendiri sebelum menghantar. Dan ada sesetengah biasiswa perlu dihantar secara pos, selain daripada online application. Untuk biasiswa yang dihantar secara pos, percentage untuk anda bersaing adalah rendah, hal ini kerana, pelajar kebiasaannya agak malas untuk menghantar borang secara pos kerana prosedurnya yang agak rumit (beli setem, pergi pejabat pos). Mereka lebih suka memohon secara online, di hadapan PC mereka sahaja. Ini adalah analisa dan logik akal saya sendiri sahaja.
  • Langkah ke-6, sentiasa beri perhatian kepada UPU. Untuk sesiapa yang belum tahu, UPU adalah sistem utama untuk memohon ke universiti awam (AU/IPTA) di Malaysia. Kebiasaannya, tarikh tutup UPU adalah 2 minggu daripada tarikh keputusan SPM dikeluarkan. Pada tahun 2016 (lepasan pelajar SPM 2015), UPU tiada limit untuk anda kemaskini permohonan anda. Bahasa mudahnya, korang boleh update/tukar list university yang korang minat dan meet university’s requirement secara unlimited. Tahun-tahun sebelum ini, maksima 3 kali kemaskini sahaja.
  • Langkah ke-7, pastikan anda kemaskini permohonan UPU anda setelah keputusan SPM keluar. Jika sebelum ini (di langkah ke-7), anda mengisi borang mengikut apa yang anda minat dan kelayakan tanpa merujuk kepada keputusan sebenar SPM. Jadi, setelah keputusan SPM keluar, adalah menjadi tanggungjawab anda sendiri, mengemas kini permohonan UPU dengan cara menukar universiti dan kursus (course) yang anda layak berdasar keputusan sebenar SPM. Sedia maklum, anda tak perlu kemaskini gred SPM anda, ini akan dibuatkan secara automatic oleh sistem UPU. Tugas anda, hanya kemaskini list dan kursus pilihan.
  • Langkah ke-8. Sentiasa synchronise e-mail anda dengan smartphone anda. Sentiasa alert dengan e-mail penting oleh badan-badan biasiswa. Adalah penting untuk anda menggunakan e-mail yang berasingan daripada e-mail facebook/games/social media anda. Dan pastikan alamat e-mail itu tidak terlalu kebudak-budakan. Contoh e-mail yang tidak sesuai ialah: “darkzlord9845@yahoo.com”, “pinkgurlzemo@gmail.com”. Jika anda tidak mempunyai e-mail yang sesuai, cipta satu akaun email spesifik untuk biasiswa/aplikasi UPU/ilmiah. Contoh e-mail yang sesuai: “fatimah.zehra@yahoo.com” “ahmad.haikal.qusyairi@yahoo.com”. Be professional.
  • Langkah ke-9. Untuk sesiapa yang tidak berjaya dengan permohonan UPU, sentiasa alert dengan rayuan universiti. Secara default, ke semua permohonan UA/IPTA dibuat di dalam sistem UPU. Akan tetapi, sesetengah university mempunyai permohonan rayuan secara terus dengan pihak university itu sendiri. Sebagai contoh, rayuan UiTM boleh dibuat di laman web UPU dan laman web UiTM. Tidak salah jika anda membuat rayuan di kedua-dua laman web. Di akhir proses, anda hanya akan mendapat satu tawaran sahaja. Bagi rayuan biasiswa, anda harus merujuk kepada tarikh tutup biasiswa itu sendiri. Hal ini kerana, setiap biasiswa mempunyai berlainan tarikh tutup dan sebagainya.


In summary;


Scholarship
1.    Scholarship pada bulan January yang dibuka sehingga keputusan SPM keluar, boleh menggunakan keputusan SPM yang sebenar. Once keputusan SPM dah keluar, isi application scholarship dan kepilkan document yang diperlukan.
2.    Biasiwa tiada rayuan dibuka kecuali untuk biasiswa JPA (luar negara) dan MARA (luar dan dalam negara) sahaja.
UPU
1.    Pembelian nombor pin UPU boleh dibuat di kaunter BSN ataupun di ATM (jika anda mempunyai kad BSN).
2.    Aplikasi UPU boleh dikemaskini sebanyak mana yang anda inginkan sehingga keputusan SPM diumumkan.
3.    Disarankan, setelah keputusan SPM diumumkan, kemaskini universiti dan course pilihan berdasarkan keputusan SPM yang sebenar.
4.    Rayuan UPU hanya boleh dibuat untuk existing applicant sahaja. Sesiapa yang lupa untuk mendaftar UPU sebelum ini, anda tidak layak membuat rayuan.
Matrikulasi
1.    Rayuan hanya boleh dipohon oleh existing applicant sahaja. Sesiapa yang  tidak mendaftar Matrikulasi sebelum ini, anda tidak layak memohon  rayuan.
2.    Sesiapa yang memohon rayuan, automatik anda akan dipertimbangkan mendaftar untuk program 2 tahun (PDT).
3.    Program 1 tahun (PST) hanya layak untuk pelajar yang mendapat intake  pertama.
4.  Kata kunci: Intake pertama - sesiapa yang mendapat penempatan untuk  bulan Jun. Intake kedua - sesiapa yang mendapat penempatan untuk  Rayuan

Jika anda terdapat kemusykilan ataupun soalan yang tidak terdapat di dalam entry ini sahaja, boleh hubungi saya di Twitter DM ataupun mention @lukmankhiruddin

Invitation or Collaboration?

Contact Me
Lukman Khiruddin
+6017 472 2590
Kuala Lumpur, Malaysia

thank you.